Kerja Kosong Kerajaan Sebagai Inspektor dan Konstabel Polis PDRM

Kerja Kosong Kerajaan Sebagai Inspektor dan Konstabel Polis PDRM

Hebahan : Permohonan SPA8i oleh Calon Berpotensi di Seluruh Negara

Salam Sejahtera dan Salam Hormat

Semua calon berpotensi akan dipilih menjalani Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal berdasarkan kepada standard yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Bil. 2/2016 dan standard Ujian pemeriksaan Fizikal Polis Diraja Malaysia.

Semua calon berpotensi YANG TELAH MEMOHON jawatan Inspektor YA13(Lelaki sahaja) / Konstable YA1 (Lelaki/Wanita) dan Konstabel YT1 (Lelaki sahaja) dikehendaki mencetak permohonan masing-masing di laman sesawang SPA81.

Calon yang berpotensi DIWAJIBKAN MENCETAK PERMOHONAN SPA8i sebelum hadir dan sertakan di kaunter pendaftaran di lokasi eksesais dijalankan. Semua calon yang berpotensi dikehendaki hadir mengikut ketetapan masa dan lokasi yang dinyatakan dalam lampiran gambarajah seperti yang dipaparkan.

Semua calon yang berpotensi DIWAJIBKAN menyediakan pekara berikut :

  1. Kad Pengenalan asal dan dua(2) salinan.
  2. Sijil Kelahiran asal dan dua (2) salinan.
  3. Siji PMR atau PT3 asal dan satu (1) salinan. (Slip peperiksaan tidak diterima).
  4. Sijil SPM asal dan satu (1) salinan. (Slip peperiksaan tidak diterima).
  5. Skrol dan Transkrip Asal dan Satu (1) salinan atau:
  6. Satu (1) salinan trasnkrip sementera yang disahkan dan satu (1) Surat Akuan Pengesahan Tamat Pengajian daripada IPTA/IPTS (Calon yang belum menjalani upacara Konvokesyen).
  7. Surat berhenti sekolah asal dan satu (1) salinan.
  8. Satu (1) salinan kad pengenalan ibu dan bapa, satu (1) salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau 1 (salinan) sijil kematian ibu dan bapa.
  9. Satu (1) salinan sijil nikah atau surat cerai dan sijil kelahiran anak bagi calon yang telah berkahwin.
  10. Kakitangan kerajaan dan badan berkanun satu (1) surat sokongan daripada ketua jabatan dan satu (1) salinan kenyataan perkhidmatna terkini yang telah disahkan.
  11. Dua (2) keping gambar terkini (berkemeja/berkolar) saiz berukuran passport.
  12. Pen dakwat hitam (ball point) dan gam.
  13. Pakaian semasa ujian pemeriksaan fizikal.
    – Satu (1) seluar pendek bagi calon lelaki, dan
    – Satu (1) singlet putih tanpa lengan dan satu (1) seluar pendek bagi calon wanita.

Semua calon yang gagal membawa semua salinan sijil/dokumen yang telah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Ketua Kampung / Penghulu / Pesuruhjay aSumpah / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / seperti dinyatakan di atas serta gagal membawa keperluan yang dinyatakan TIDAK DIBENARKAN menjalani ujian pemeriksaan fizikal tersebut.

Semua calon yang berpotensi DIWAJIBKAN hadir ke pusat pemeriksaan fizikal sebelum pukul 7.15 pagi dan mendaftarkan kehadiran dikaunter pendaftara calon tanpa gagal.

Semua calon yang berpotensi DIWAJIBKAN berpakaian suka iaitu TRACK Bottom, Baju T-shirt berkolar, berkasut sukan semasa menghadiri ujian pemeriksaan (jeans, Kemeja dan selipar tidak dibenarkan)

Segala keputusan adalah muktamad.

Pihak Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia berhak menolak sebarnag calon yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan tanpa sebaranag kompromi.


Dapatkan Info Berkaitan Seperti Berikut

1. Web SPA : http://www.spa.gov.my

error: Content is protected !!