Contoh Surat Memohon Guru Ganti di Sekolah Melalui PPD

Contoh Surat Memohon Guru Ganti di Sekolah Melalui PPD

Contoh Surat Memohon Guru Ganti di Sekolah Melalui PPD yang baik ialah surat permohonan yang jelas tujuannya dan lengkap disertakan dengan dokumen-dokumen wajib seperti Sijil Pengajian (PhD, Master, Ijazah, Diploma, Sijil, SPM), Sijil Kokurikulum, Resume, Salinan Kad Pengenalan dan sebagainya lagi.

Dokumen dan surat permohonan menjadi guru ganti ini anda perlu hantarkan kepada pihak PPD anda. Namun jangan letakkan harapan tinggi kerana keperluan guru ganti memang tinggi di sesebuah PPD tetapi PPD masih lagi dibataskan dengan bajet yang disediakan. Jika masih ada bajet untuk membayar gaji guru ganti, maka insyaAllah akan ada rezeki anda. Jika tidak, anda mungkin boleh cuba memohon guru ganti di PPD yang berdekatan lain.

Untuk tambahan, biasanya guru ganti ini dibayar mengikut tahap sijil pengajian anda. Contohnya seperti bayaran RM50 untuk guru ganti berkelayakan SPM dan RM100 untuk guru gantik berkelayakan Ijazah. Selain itu, guru ganti ini juga mempunyai tempoh yang berbeza. Sebagai contohnya guru ganti bagi guru pergi ke Mekah mungkin sekadar 1 bulan dan guru ganti untuk guru bersalin pula mungkin sehingga 3 bulan. Jadi ingat, guru ganti ini bukan bersihat kekal dan anda dibayar mengikut hari mengajar.

Oh ya, sebelum pergi lebih jauh anda boleh dapatkan lebih banyak contoh cover letter di sini : Himpunan Contoh Resume, Cover Letter & Curriculum Vitae Terbaik Tahun Ini

JENIS COVER LETTER

Permohonan Guru Ganti

NAMA & TAJUK COVER LETTER

Contoh Surat Memohon Guru Ganti di Sekolah Melalui PPD

SUMBER

Scribd

Dapatkan Contoh Surat Permohonan Anda disini

1. Sila Like & Share post ini di facebook anda.
2. Link Download : Surat Memohon Jawatan Sebagai Guru Ganti di Sekolah Melalui PPD
3. Muat turun surat permohonan ini hinggalah selesai.
4. Cetak surat permohona yang di ambil.

Perkongsian Surat Memohon Jawatan Sebagai Guru Ganti di Sekolah Melalui PPD ini diharap membantu. Surat Permohonan ini bukan dibina oleh kami, tetapi ianya diperoleh dari sumber yang dinyatakan diatas. Sekiranya anda mendownload surat permohonan ini, pastikan juga anda dapatkan Resume dan Curriculum Vitae ini.

Selain itu, bagi anda semua yang ingin cuba membina atau membuat sendiri CV dan Resume yang professional maka anda boleh cuba buat sendiri di Resume & CV Maker.

Semoga bermanfaat.

Persediaan Anda Perlu dibuat Jika Anda Jadi Guru Ganti

Baiklah, untuk pengetahuan anda smeua sebenarnya setiap guru ganti ini peranan dan tugasnya hampir sama sahaja dengan guru yang tetap di sekolah. Walaupun anda menjadi guru ganti, tapi keperluan untuk anda mengikuti segala peraturan sekolah adalah wajib. Antara perkara yang perlu anda bersedia jika ditawarkan menjadi guru ganti ialah :

  1. Setiap hari, anda wajib tulis RPH atau rancangan pengajaran harian.
  2. Tanya pentadbir, bila buku atau file penulisan RPH ini perlu dihantar. Biasanya seminggu sekali. Hantar, dicop dan ditanda tangan oleh pentadbir.
  3. Buku teks dan aktiviti biasanya disediakan oleh pihak sekolah. Jika tidak, cubalah bertanya dengan rakan-rakan guru anda.
  4. Setiap sekolah, biasanya pemakaian guru ditetapkan. Antara yang biasa kita dengar ialah baju warna merah atau tie warna merah pada hari ahad atau isnin, baju kokurikulum pada hari rabu, dan baju batik pada hari khamis.
  5. Sebagai guru ganti, segala aktiviti di sekolah anda wajib ikut. Tiada alasan untuk anda kecualikan diri anda kerana anda sebahagian daripada sekolah sekarang.

Bila Guru Ganti Masuk Kelas

error: Content is protected !!