Himpunan Contoh Resume, Cover Letter & Curriculum Vitae Terbaik Tahun Ini

Resume, Cover Letter & Curriculum VitaeContoh resume, cover letter (CL) dan Curriculum Vitae (CV) ini merupakan hasil perkongsian dari pelbagai sumber. Kami di jobberies.com cuba sebaik mungkin untuk membantu anda semua yang mencari contoh resume atau cover letter (CL) atau curriculum Vitae (CV). Tujuan kami yang paling utama hanya satu, iaitu memastikan anda dapat buat yang terbaik dan memberikan peluang yang lebih cerah kepada anda untuk sebarang permohonan kerja yang dibuat.

Tidak kira dalam bidang pekerjaan apa sahaja yang anda bakal ceburi, ingatlah persediaan terbaik bukan hanya dari segi penampilan diri anda semasa interview atau temuduga, tetapi sudah semestinya persediaan bahan-bahan seperti resume, cover letter (CL) dan Curriculum Vitae (CV) ini. Hanya jadi seperti sesetengah orang, hanya cantik diluar tetapi langsung tiada persediaan diri dalam menghadapi temuduga kemudian bila gagal mula menyalahkan orang lain. Ubah diri anda sekarang jika anda salah seorang dari mereka.

Ciri-ciri dan Perbezaan Antara Resume, Cover Letter (CL) dan Curriculum Vitae (CV)

Kenali Apa Itu Curriculum Vitae (CV)

Curriculum Vitae atau CV ialah helaian yang terdiri dari 2 atau 3 (tidak lebih) muka surat yang mempunyai beberapa perkara utama seperti berikut.

  • Latar belakang diri
  • Tahap Pendidikan
  • Pengalaman bekerja (jika pernah kerja)

Biasanya, CV dihantar untuk minta kerja, jadi dibawah section achievement letak yang berkaitan sahaja iaitu sesuatu pencapaian kerja yang membanggakan (jika ada). Melalui CV ini, sudah semestinya boleh melobi diri anda tetapi tidak perlu melebih-lebih. Selain itu, pastikan aturan section CV mestilah bersesuaian dan nampak profesional. Jangan terlalu nampak melompat-lompat aturan section itu. Hal ini keran aturan untuk CV ini biasanya fix iaitu memang ada aturan formatnya.

Perlu diingat, biasanya CV ini datangnya akan bersama-sama dengan Cover Letter (CL). Ya, bersama-sama. Jadi jika diminta CV maka jangan lupa sertakan juga cover letter (CL).

Kenali Apa itu Cover Letter (CL)

Cover Letter atau CL ini biasanya dihantar bersama curriculum vitae (CV). CV yang dihantar CL adalah dikira atau dipanggil CV bogel. Ya, istillahnya agak memalukan namun itulah yang sesuai kerana ianya menggambarkan betapa kita kekurangan ilmu bab ini.

Cover letter (CL) ini ialah :

  • Pengenalan atau cara memperkenalkan diri anda.
  • CL ini ialah platform tepat untuk melobi diri. Menggunakan CL ini anda boleh nyatakan bahawa andalah orang yang dicari-cari oleh syarikat yang bakal anda pergi minta kerja itu. Yakinkan mereka yang anda sangat sesuai dengan kerja dan jawatan ini dan apa kebolehan anda yang mereka tidak akan dapat dari orang lain.
  • Melalui CL ini, pihak syarikat atau recruiter akan dapat tengok personaliti anda. Ya, ini kerana CV isinya adalah “fix” manakala resume pula hanya kandungan yang “direct” sahaja.
  • Pastikan anda berbudi bahasa dan jangan lupa penutup CL itu mestilah secara sopan dan professional.

Kenali Apa itu Resume

Resume ini sebenarnya sangat umum. Ya sangat umum hinggakan anda ramai yang tertukan antara CV dengan resume. Secara asasnya, resume hanya 1 muka surat sahaja. Ya, jangan melebih-lebih. Sebagai contohnya bila syarikat atau pihak sponsor minta resume, maka beri apa yang mereka mahu iaitu resume yang betul dan bukannya benda merapu dan panjang meleret. Salah dan memalukan namanya.

Objektif resume ini ialah untuk “go through” atau bacaan sepintas lalu mengenai profil diri anda. Resume ini mestilah nampak gah dan oleh kerana ianya hanya 1 muka surat sahaja, jadikan ianya padat dengan info untuk menjual diri anda dengan kata lain buktikan kepada mereka yang anda adalah pilihan terbaik. Ya, tunjukkan “why me and not other candidate”.

Apa yang perlu ada dalam resume 1 muka surat ini ialah :

  • Resume tak ada format. Ya, tiada format jadi apa yang anda tengah cari? Cari contoh tak apa, jangan cari format.
  • Kita tentukan sendiri apa yang perlu ada di dalam resume kita. Konsepnya adalah supaya kita nampak kita lebih layak dan hebat berbanding orang lain.
  • Pengisian resume pastikan selari dengan apa tujuan resume. Ya, contohnya untuk minta kerja, untuk biasiswa atau apa sahaja. Ya, bagi nampak kaitan.
  • Pastikan tidak meleret panjang benda yang tidak penting kerana resume ini pendek. Jika anda mahu letak kelebihan atau skill, pastikan ianya selari dengan tujuan.

Himpunan Curriculum Vitae (CV)

Berikut disenarikan beberapa Curriculum Vitae CV yang mungkin akan dapat anda gunakan. Pilih ikut kesesuaian anda dan pastikan anda ubah suai ikut keperluan dan kehendak yang tepat.

Dapatkan Contoh Curriculum Vitae CV disini : 

Disini kami nak kongsikan senarai Curriculum Vitae CV tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

  1. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Project Manager
  2. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Digital Marketing Manager
  3. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Executive Assistant
  4. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Customer Service Professional
  5. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Teaching Assistant
  6. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Finance & Accounting Manager
  7. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Bahagian Music Management
  8. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan IT Support Analyst
  9. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Residential Estate Manager
  10. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Infrastructure Project Manager
  11. Contoh CV Curriculum Vitae Memohon Jawatan Banking Sales

Himpunan Cover Letter (CL)

Cover Letter ini pula disusun dengan cermat oleh pihak jobberis.com dan diharap perkongsian dari kami ini menjadi manfaat yang berguna buat anda semua. Sila tekan link dibawah dan pilih jenis CL yang anda perlukan. Semoga bermanfaat insyaAllah.

Himpunan Contoh Resume

Contoh resume yang kami sediakan ini adalah antara yang terbaik. Seperti yang diberitahu, resume yang ideal ialah yang hanya mempunyai 1 muka surat sahaja. Namun bukan bermaksud ianya wajib begitu. Mungkin ada sahaja syarikat yang menerima resume yang terdiri dari beberapa muka surat. Apa yang penting, anda cuba buat yang terbaik. Berikut ialah perkongsian senarai contoh resume yang ada. Semoga ianya membantu anda.

Resume & CV Maker

Untuk sepintas lalu, pihak Jobberies juga berkongsi 1 artikel khas yang menghimpunkan 10 cv dan resume maker yang mungkin sangat berguna untuk memudahkan anda membuat sendiri cv dan resume anda. Apa yang menarik, ada yang percuma dan memang ada yang sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba.

Jadi, jangan ketinggalan dan pastikan anda cuba juga resume dan cv maker ini selain mendapatkan beberapa contoh resume dan contoh cv di dalam website jobberies.com ini. Semoga segala perkongsian kami ini bermanfaat untuk anda semua.

Penutup

Sebagai seorang yang professional dan hebat pastikan anda tidak lagi tertukar antara 3 jenis ini sama ada CV, CL atau Resume. Ya, mungkin ianya bukan perkara yang besar bagi anda atau bagi mereka yang tidak mahir tetapi sebenarnya ianya memberi gambaran besar kepada mereka yang tahu tentang perbezaan ini. Jangan sampai kerana tidak tahu perbezaan 3 benda mudah ini anda awal-awal lagi di ketawakan oleh mereka nanti. Mulai hari ini, ambil cakna dan tahu perbezaan antara resume, curriculum vitae (CV) dan cover letter (CL).

error: Content is protected !!